Petua Untuk Melambatkan Rambut Beruban

by admin on February 11, 2012

Pilihan 1 : Ambil biji betik yang sudah masak anggaran 2 sudu besar. Jemur sehingga kering dan goreng sehingga garing. Campurkan biji betik tadi dengan minyak kelapa secukupnya. Cuci rambut dengan bersih dan campurkan minyak tadi ke bahagian rambut yang putih.  Lakukan setiap kali sebelum tidur malam.

Pilihan 2 : Bancuh sedikit minyak kelapa, lendir daun lidah buaya dan air limau nipis sehingga sebati. Lumurkan pada kepala sebelum mandi.  Biarkan selama setengah jam, barulah dibasuh bersih-bersih dengan  menggunakan syampu yang sesuai. Lakukan 3 kali seminggu.

Pilihan 3 : Untuk menghitamkan uban, ambil segenggam daun kari.  Tumbuk hingga lumat. Kemudian, gaulkan dalam santan pekat. Rebuskan  hingga menjadi minyak. Selepas itu disapu pada rambut setiap hari.

Pilihan 4: Ambil 12 helai daun buluh. Siat-siatkan sehingga halus. Kemundian sapukan pada rambut anda.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Comment

Previous post:

Next post: