Petua Merawat Masalah Rambut

by admin on October 5, 2013

Bersihkan daun bunga raya yang hijau, ramaskan dalam segayung air. Sapu rambut dengan air tadi dan biarkan selama lima minit, kemudian barulah dibilas.Ambil secawan air kelapa tua dan gosokkan pada kulit kepala perlahan-lahan. Lakukan setiap hari atau tiga kali seminggu. Insyaallah kelimumur dan uban akan hilang. Selamat mencuba.Ambil 10 helai daun pandan lalu ditumbuk hingga lumat, campurkan dengan dua gelas air. Selepas itu disaring lalu usaplah air saringan tadi ke kepala anda yang ada kelemumur lalu bilas dengan air biasa.Perahkan air limau purut/ nipis di atas kulit kepala. Lumurkan rata-rata dan biarkan beberapa jam. Utk hasil yg baik, biarkan rambut anda diperapkan dgn tuala. Basuh dgn air suam. Selain itu, petua ini juga berguna utk mengurangkan pening kepala.
Ambil secekak kangkung dan bersihkan. Masukkan dlm bekas.Bubuh enam camca air suam dan ramas kangkung hingga mengeluarkan lendir. Lendir itu sapukan pada seluruh rambut dan biarkan seketika. Kemudian bilas rambut dengan air bersih.Lakukan selama dua minggu.Ramas daun pinang. Kemudian campurkan sedikit garam kasar dan air. Sapukan pada rambut. Bairkan selama 30 minit. Bilas dengan air bersih. Lakukan dua minggu sekali.Ambil santan perahan pertama dari sebiji kelapa tua. Kemudian masukkan sebiji air perahan limau nipis ke dalam santan tersebut. Sapukan sekali sehari. Setelah itu cuci rambut dengan air sejuk. Amalkan selama seminggu.

 

{ 0 comments }

Rambut dan Bentuk Tubuh

by admin on September 6, 2013

Selain usia dan bentuk wajah, bentuk tubuh juga perlu diperhatikan saat ingin bertemu pendandan rambut. Tidak semua orang sesuai berambut panjang dan tidak semua orang juga sesuai berimej ranggi melalui potongan rambut pendek.
Potongan rambut seharusnya dapat memperlihatkan wajah kelihatan berisi. Untuk tampil feminin, rambut paras bahu, berombak dan dipotong layer sesuai untuk mereka bertubuh kurus. Bagaimanapun, elakkan menggayakan rambut panjang lurus kerana ia akan membuatkan anda lebih kurus. Rambut pendek pula membuatkan anda kelihatan lebih maskulin.Rambut yang tidak terlalu panjang (melepasi bahu) dengan layer pada sisi kiri dan kanan rambut boleh membuatkan anda kelihatan kecil. Elakkan potongan rambut yang terlalu pendek, terlalu panjang, kerinting dan bergelombang kerana ia membuatkan tubuh kelihatan bertambah besar.Rambut lurus yang halus sesuai dengan anda. Panjang rambut tidak terlalu pendek dan tidak terlalu panjang. Rambut pendek dengan layer dan gelombang pada bahagian atas kepala juga sesuai.Mungkin mereka bertubuh tinggi tidak menghadapi sebarang masalah untuk menggayakan apa juga gaya rambut. Gaya rambut berombak dan beralun semula jadi boleh merubah penampilan anda kelihatan feminin.

{ 0 comments }

Panduan Solekan Mata Kucing

September 4, 2013

Sapukan seluruh kelopak mata dengan pembayang mata neutral.Sapukan warna coklat pada bahagian bawah tulang kening bagi menyerlahkan bentuk kelopak mata.Lukis garisan sederhana tebal pada bahagian atas kelopak mata menggunakan pensil mata dari gerakan dari dalam membawa ke hujung mata. Pada bahagian hujung mata, lorek sedikit lekukan ke atas membentuk seperti segi tiga pada hujungnya.Kemaskan lorekan dan tambah garisan menggunakan warna yang sama pada bahagian bawah mata. Pastikan palitan pensil mata pada bahagian atas dan bawah bersambung di penghujungnya bagi memastikan ia kelihatan kemas.Akhiri dengan sapuan maskara jika ingin mata bundar anda kelihatan lebih galak.

Cuba lukis garisan pada mata berulang kali bagi memastikan anda benar-benar mahir mengawal pensil mata. Latihan yang dibuat juga membolehkan hasil lorekan mata kucing kelihatan kemas. Pilihan warna bergantung pada anda sama ada biru gelap, coklat atau hitam. Atau jika anda inginkan kesan tampak dramatik sesuai dengan majlis yang ingin dihadiri, boleh gunakan pensil warna metalik yang ditawarkan dalam pelbagai pilihan warna memukau.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Read the full article →